Sila Baca Maklumat Di Bawah Dengan Teliti.
“Prudence Foundation” Atau Yayasan Prudence Adalah Cabang Pelaburan Komuniti Prudential Corporation Asia. Prudential Corporation Asia Adalah Unit Perniagaan Prudential Plc Dari United Kingdom. Prudential Corporation Asia Atau Prudential Plc Tidak Berkaitan Dengan Prudential Financial Inc., Sebuah Syarikat Dimana Perniagaan Utamanya Adalah Dia Amerika Syarikat, Di Taiwan Dan Korea, Prudential Corporation Asia Berdagang Di Bawah Nama PCA Untuk Urusan Perniagaan. Perniagaan Pengurusan Asetnya Di Asia Beroperasi Menggunakan Nama Eastspring Investments.
Terma Dan Syarat Penggunaan Ini (“Terma Dan Syarat”) Untuk Laman Web Akreditasi Kewangan Cha-Ching Yang Terletak Di www.ccfacentre.com (“Laman Web”). Dengan Menggunakan Laman Web Ini, Anda Bersetuju Dengan Terma Dan Syarat Ini. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU ATAU TIDAK DAPAT MEMATUHI TERMA DAN SYARAT INI, SILA JANGAN GUNAKAN LAMAN WEB INI.
Yayasan Prudence Pada Bila-bila Masa Dan Mengikut Budi Bicara Mutlaknya Boleh Mengubah Terma Dan Syarat Ini. Pengguna Bertanggungjawab Untuk Menyemak Terma Dan Syarat Ini Dari Masa Ke Masa Untuk Sebarang Perubahan. Penggunaan Laman Web Yang Berterusan Setelah Pengumuman Perubahan Akan Dianggap Sebagai Penerimaan Perubahan Tersebut. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU ATAU TIDAK DAPAT MEMATUHI TERMA DAN SYARAT YANG DIUBAH, SILA JANGAN GUNAKAN LAMAN WEB INI DAN BATALKAN PENDAFTARAN AKAUN ANDA (JIKA BERSESUAIAN)
Anda Tidak Boleh Mengganggu Atau Cuba Mengganggu Operasi Laman Web Atau Mana-mana Pelayan Atau Rangkaian Yang Bersambung Ke Laman Web Atau Mengganggu Sebarang Maklumat, Data, Kandungan, Bahan Dan/atau Program Perisian (dalam Sebarang Bentuk) Yang Terdapat Di Dalam Atau Melalui Laman Web Ini, Wujud Atau Digunakan Di Laman Web Dari Semasa Ke Semasa (“Kandungan”, Secara Kolektif). Anda Tidak Boleh Menyebar, Menyuntik Atau Mendedahkan Laman Web Kepada Sebarang Virus, Worm, Trojan Horse Atau Kod Atau Perisian Lain Yang Berbahaya Dengan Tujuan Untuk Merosakkan Operasi, Memantau Penggunaan Atau Membenarkan Penggunaan Tanpa Izin Ke Laman Web.
Anda Tidak Boleh Menyiasat, Mengimbas Atau Menguji Ketahanan Laman Web Atau Pelayan Atau Rangkaian Yang Bersambung Dengan Laman Web, Atau Melanggar Langkah Keselamatan Atau Pengesahan Di Laman Web Atau Pelayan Atau Rangkaian Yang Bersambung Dengan Laman Web.
Anda Tidak Boleh Menggunakan Laman Web Atau Sebarang Kandungan Untuk Tujuan Yang Menyalahi Undang-undang Atau Dilarang Oleh Terma Dan Syarat Ini.
Semasa Mendaftar Untuk Akreditasi Kewangan Cha-Ching, Anda Diminta Untuk Membuka Akaun (termasuk Membuat ID Log Masuk Dan Kata Laluan) (“Akaun CCFA”). Anda Bertanggungjawab Untuk Menjaga Keselamatan Maklumat Yang Anda Simpan Untuk Akaun CCFA Anda Dan Untuk Sebarang Aktiviti Yang Berlaku Di Bawah Akaun CCFA Anda Sekiranya Kegagalan Anda Menyimpan Maklumat Tersebut Secara Sulit Dan Selamat. Anda Bersetuju Untuk Memberitahu Yayasan Prudence Dengan Segere Sekiranya Anda Menyedari Atau Mengesyaki Bahawa (a) Akaun CCFA Anda Telah Terdedah; Atau (b) Terdapat Atau Telah Berlaku Penggunaan Akaun CCFA Anda Secara Tidak Sah Atau Pelanggaran Keselamatan Yang Lain. Yayasan Prudence Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Sebarang Kerugian Atau Liabiliti Yang Timbul Dari Atau Berkaitan Dengan Kegagalan Anda Menyimpan Maklumat Akaun CCFA Anda Secara Sulit Dan Selamat Atau Penggunaan Akau CCFA Anda Yang Tidak Dibenarkan Atau Pelanggaran Keselamatan Yang Lain.
Anda Mengakui Dan Bersetuju Bahawa Penggunaan Dan Akses Ke Laman Web Adalah Diatas Risiko Anda Sendiri Sepenuhnya. Laman Web Dan Semua Kandungan Diberikan Kepada Anda Berdasarkan “sedia Ada” Dan “sebagaimana Tersedia”. Yayasan Prudence Tidak Menjamin Bahawa (a) Laman Web Atau Kandungan, Perkhidmatan Atau Ciri Laman Web Tidak Bebas Daripada Kesalahan Atau Tidak Terganggu; (b) Sebarang Kerosakan Akan Diperbaiki; (c) Penggunaan Laman Web Anda Akan Memberikan Hasil Yang Spesifik; (d) Penyampaian Sebarang Penghantaran Maklumat Elektronik Antara Anda Dan Yayasan Prudence Akan Berjaya Atau Selamat; Atau (e) Sebarang Fail Atau Data Lain Yang Anda Muat Turun Dari Laman Web Akan Bebas Dari Virus, Pencemaran Atau Ciri-ciri Yang Merosakkan. Anda Bertanggungjawab Sepenuhnya Untuk (i) Melindungi Dan Menyimpan Data Sandaran, Sistem Dan Peralatan Anda (termasuk Setiap Kandungan Yang Diperoleh Melalui Laman Web); Dan (ii) Mengambil Langkah Berjaga-jaga Terhadap Virus, Pencemaran Atau Ciri-ciri Yang Merosakkan Yang Anda Fikir Bersesuaian Dan Perlu. Yayasan Prudence Tidak Menjamin Tiada Sebarang Kelewatan, Kegagalan, Kesalahan, Peninggalan Atau Kehilangan Berkenaan Dengan Maklumat Atau Bahan Yang Dihantar Melalui Laman Web.
Yayasan Prudence Menafikan (a) Kesemua Jaminan, Tersurat Atau Tersirat, Termasuk Sebarang Jaminan Ketepatan, Bukan Pelanggaran, Kebolehdagangan Dan Kesesuaian Untuk Tujuan Tertentu; Dan (b) Sebarang Liabiliti Yang Timbul Dari Tindakan, Kesilapan Dan / Atau Tingkah Laku Pihak Ketiga Yang Berhubung Dengan Atau Berkaitan Dengan Penggunaan Laman Web Oleh Anda.
Yayasan Prudence Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Sebarang Kesalahan, Kelalaian, Salah Nyata Atau Salah Intipretasi Secara Tersurat Atau Tersirat Berkenaan Dengan Laman Web Atau Sebarang Kandungan, Perkhidmatan Atau Ciri Laman Web. Yayasan Prudence Tidak Akan Bertanggungjawab Atas Kehilangan, Liabiliti Atau Kos Yang Timbul Dari Atau Berkaitan Dengan (a) Sebarang Penggunaan Atau Penyalahgunaan Atau Kebergantungan Pada Laman Web Atau Sebarang Kandungan; (b) Sebarang Gangguan Atau Ketidakupayaan Untuk Mengakses Atau Menggunakan Laman Web Atau Kandungan; Atau (c) Sebarang Penghantaran Maklumat Elektronik Antara Anda Dan Yayasan Prudence (termasuk Penyalahgunaan E-mel Atau Kebocoran Atau Kehilangan Maklumat).
Yayasan Prudence Pada Bila-bila Masa Dan Mengikut Budi Bicara Mutlaknya, Boleh (a) Mengubah, Menangguhkan Atau Menghentikan Operasi Atau Akses Ke Laman Web (atau Mana-mana Bahagian Laman Web); (b) Mengubah Atau Menukar Laman Web (atau Mana-mana Bahagian Laman Web) Dan Sebarang Polisi Atau Syarat Yang Berkenaan; Dan (c) Mengganggu Operasi Laman Web (atau Mana-mana Bahagian Laman Web) Yang Diperlukan Untuk Melakukan Penyelenggaraan Rutin Atau Bukan Rutin, Pembetulan Ralat Atau Perubahan Lain, Tanpa Memberikan Notis Atau Sebarang Alasan.
Selagi Diizinkan Oleh Undang-undang Yang Berkenaan, Yayasan Prudence Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Anda Atas Kerugian, Kerosakan, Kos Atau Sebarang Perbelanjaan Tidak Langsung Termasuk Kerugian Keuntungan Dan Peluang Dalam Dalam Setiap Kes Yang Berlaku, Timbul Dari Atau Berkaitan Dengan Terma Dan Syarat Ini, Walaupun Yayasan Prudence Telah Dinasihatkan Tentang Kemungkinan Kewujudannya.
Di Mana Terdapat Pautan Ke Laman Web Pihak Ketiga Yang Disediakan Oleh Laman Web, Yayasan Prudence Tidak Akan Bertanggungjawab Untuk Memeriksa Atau Menilai Kandungan Atau Ketepatan Laman Web Pihak Ketiga Tersebut (termasuk Maklumat Atau Bahan Yang Terdapat Di Laman Web Pihak Ketiga Tersebut) Dan Tidak Akan Bertanggungjawab Untuk Laman Web Pihak Ketiga Tersebut. Penggunaan Mana-mana Laman Web Pihak Ketiga Oleh Anda Adalah Risiko Anda Sendiri Dan Anda Bertanggungjawab Sepenuhnya Untuk Penggunaan Tersebut.
Kandungan Ini Dilindungi Di Bawah Hak Cipta. Kecuali Dinyatakan Sebaliknya, Hak Cipta Kandungan Dimiliki Oleh Yayasan Prudence.
Anda Boleh Menggunakan Kandungan Yang Disediakan Oleh Yayasan Prudence Untuk Memuat Turun Dan / Atau Mencetak Dari Laman Web, Dengan Syarat, Anda (a) Anda Menyimpan Semua Hak Cipta Dan Notis Hak Milik Lain Dalam Semua Kandungan Tersebut; (b) Anda Menggunakan Kandungan Tersebut Untuk Tujuan Peribadi (bukan Komersil) Sahaja Dan Jangan Menyalin Atau Pos Kandungan Tersebut Di Mana-mana Rangkaian Computer Atau Menyiarkannya Di Mana-mana Media; Dan (c) Jangan Membuat Perubahan Atau Pengubahsuaian Terhadap Kandungan Tersebut. Jika Tidak, Anda Tidak Boleh Mengubah, Menghasilkan Semula, Menyusun Semula, Membongkar, Menghantar, Menyalin, Menyebarkan, Menggunakan Atau Menyimpan Dalam Sistem Pengambilan Sebarang Kandungan Tanpa Kebenaran Bertulis Dari Yayasan Prudence.
Semua Tanda Dagangan, Logo Dan Tanda Perkhidmatan Dan Hak Harta Intelek Berkaitan Yang Terkandung Atau Muncul Di Laman Web Dimiliki Oleh Yayasan Prudence Atau Pihak Ketiga Yang Lain, Dan Tidak Boleh Digunakan Tanpa Persetujuan Bertulis Dari Yayasan Prudence Atau Pihak Ketiga Yang Lain. Anda Tidak Diberi Hak Atau Lesen Berkenaan Dengan Tanda Dagangan, Logo, Tanda Perkhidmatan Atau Hak Harta Intelek Yang Berkaitan.
Terma Dan Syarat Ini Dikawal Oleh Dan Akan Ditafsirkan Bersesuaian Dengan Undang-undang Hong Kong Dan Anda Bersetuju Untuk Patuh Kepada Bidang Kuasa Eksklusif Pengadilan Mahkamah Hong Kong.
Sekiranya Mana-mana Peruntukan Di Dalam Terma Dan Syarat Ini Dianggap Oleh Pengadilan Sebagai Menyalahi Undang-undang, Tidak Sah Atau Tidak Dapat Dilaksanakan, Maka Peruntukan Tersebut (menyalahi Undang-undang, Tidak Sah Atau Tidak Dapat Dilaksanakan) Tidak Boleh Berlaku Dan Dianggap Tidak Termasuk Di Dalam Terma Dan Syarat Ini Tetapi Tanpa Membatalkan Mana-mana Peruntukan Terma Dan Syarat Ini.
Terma Dan Syarat Ini Merupakan Keseluruhan Perjanjian Antara Anda Dan Yayasan Prudence Berkenaan Dengan Penggunaan Laman Web Dan Menggantikan Semua Perjanjian, Pemahaman Dan Komunikasi Sebelumnya Antara Anda Dan Yayasan Prudence, Sama Ada Bertulis Atau Lisan Berkenaan Dengan Penggunaan Tersebut.
Kegagalan Atau Kelewatan Oleh Yayasan Prudence Untuk Melaksanakan Sebarang Hak Atau Pembetulan Di Bawah Terma Dan Syarat Ini Tidak Akan Menjadi Pengecualian Dari Hak Tersebut, Hak Lain Atau Pembetulan, Dan Ia Juga Tidak Akan Menghalang Atau Menyekat Sebarang Perlaksanaan Lebih Lanjut Daripada Itu Atau Hak Atau Pembetulan Lain. Tidak Ada Satu Atau Sebahagian Perlaksanaan Hak Atau Pembetulan Di Bawah Terma Dan Syarat Ini Akan Menghalang Atau Menyekat Perlaksanaan Selanjutnya Dari Hak Atau Pembetulan Lain.
Anda Bersetuju Bahawa Tiada Apa Pun Di Dalam Terma Dan Syarat Ini Yang Memberikan Atau Bermaksud Memberikan Kepada Pihak Ketiga Apa-apa Faedah Atau Sebarang Hak Untuk Menguatkuasakan Atau Bergantung Pada Peruntukan Terma Dan Syarat Ini.
Versi Bahasa Inggeris Dari Terma Dan Syarat Ini Akan Mengatasi Versi Bahasa Lain Sekiranya Terdapat Konflik Atau Tidak Konsisten Dengan Versi Bahasa Lain.
© Hak Cipta 2020 Yayasan Prudence. Hak Cipta Terpelihara.